Poco Pad C1 Dilancarkan Pada Harga Bermula RM 549

TechnologyDigital
22 May 2026 • 10:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco Pad C1 Dilancarkan Pada Harga Bermula RM 549

Poco Pad C1 juga memasuki pasaran Malaysia hari ini dengan tablet ini hadir dengan skrin 9.7″ LCD 2K dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip kelas pertengahan Snapdragon 6s Gen 2, memori sehingga 6GB LPDDR4x, storan sehingga 129GB UFS 2,2 dan bateri sebesar 7600 mAh yang menyokong pengecasdan 18W sahaja. Ia turut boleh berfungsi sebagai powerbank dengan pengecasan berbalik 10W.

Image from: Poco Pad C1 Dilancarkan Pada Harga Bermula RM 549

Kamera utama ialah sebesar 8MP di belakang dan kamera swafoto pula 5MP. Peranti masih mempunyai sokongan kad mikro SD sehingga 2TB, speaker stereo, bicu audio 3.5mm dan sistem imbasan wajah. Tiada pengimbas cap jari disertakan dan tiada juga kemampuan kalis air.

Sistem operasi yang digunakan pula ialah Xiaomi HyperOS 3. Di Malaysia tablet dijual pada harga di bawah pada dalam warna biru dan kelabu.

Harga JualanHarga Promosi
Poco Pad C1 (4/64 GB)RM 599RM 549
Poco Pad C1 (6/128GB)RM 799RM 629