Poco C81 Pro Dilancarkan Pada Harga Bermula RM 399

TechnologyDigital
22 May 2026 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco C81 Pro Dilancarkan Pada Harga Bermula RM 399

POCO C81 Pro dilancarkan di Malaysia dengan ia dipasarkan sebagai peranti kelas permulaan mampu milik pertama menggunakan sistem operasi HyperOS 3. Peranti hadir dengan skrin 6.9″ LCD HD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta keterangan puncak 800 nit. Ini dipadankan dengan cip Unisoc T7250, memori 4GB RAM LPDDR4x, storan sehingga 256GB UFS 2.2 dan bateri 6000 mAh yang menyokong pengecasan 15W sahaja.

Image from: Poco C81 Pro Dilancarkan Pada Harga Bermula RM 399

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 13MP dan lensa sekunder tanpa maklumat mengenai saiz sensor. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Rakaman video yang disokong adalah sehingga 1080p 30FPS. Peranti dilengkapi pengimbas cap jari sisi terbina pada butang kuasa, speaker mono, NFC dan bicu audio 3.5mm.

HyperOS 3 digunakan dengan ia berasaskan Android 15. Terdapat sokongan Google Gemini dan juga Circle to Search secara terbina. Ciri lain ialah penambahan RAM maya sebanyak 4GB dan Xiaomi HyperIsland. Harga jualan peranti adalah seperti di bawah dengan ia ditawarkan dalam warna Green, Black dan Gold.

  • POCO C81 Pro (4/64 GB) – RM 399
  • POCO C81 Pro (4/128 GB) – RM 449
  • POCO C81 Pro (4/256 GB) – RM 529