Poco Tidak Lagi Akan Memfokuskan Pengeluaran Peranti Mercu

TechnologyDigital
22 Aug 2023 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam acara POCO Partners Southeast Asia Forum 2023 berlangsung di Bangkok, Thailand. Di acara ini wakil Poco, Shopee, Lazada, MediaTek dan PUBG berkongsi yang majoriti pengguna telefon pintar jenama Poco adalah daripada golongan Generasi Z.

Untuk itu, Poco menyatakan mereka tidak lagi akan memfokuskan kepada pengeluaran peranti mercu seperti yang mereka lakukan sejak Poco F1. Kini dengan industri telefon pintar yang menawarkan pelbagai kategori peranti, Poco turut ingin menawarkan perkara sama.

image is not available

Selepas ini Poco tidak akan memasarkan diri mereka sebagai pengeluar “pembunuh peranti mercu”. Sebaliknya akan memasarkan produk seimbang yang diingini oleh Generasi Z. Antaranya adalah membeli-belah di atas talian, menyaksikan kandungan digital, aktif di media sosial dan juga gemar bermain permua.

image is not available

Dengan menawarkan pelbagai produk, pelbagai pengguna generasi Z akan mempunyai pilihan untuk memiliki peranti Poco terbaik dengan penggunaan masing-masing. Poco walau bagaimanapun masih akan cuba menawarkan peranti mercu yang boleh dibeli pada harga kompetitif. Wakil MediaTek ada mengacah sesuatu berkaitan Dimensity 9200+ dan WiFi 7 akan tiba suatu hari nanti.