Peranti baharu Realme 11 5G bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Pelancaran ini dijadualkan bakal berlangsung pada 30 Ogos 2023 yang boleh ditonton secara dalam talian menerusi platform seperti Facebook, TikTok dan YouTube.

Malah, bersempena dengan ulang tahun kelimanya, mereka akan mengumumkan berita gembira.
Spesifikasi Realme 11 5G
Realme 11 5G ini dilengkapi skrin 6.7″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.
Tambahan, peranti ini juga mempunyai Cip MediaTek Dimensity 6100+ digunakan sebagai tunjang utama, di samping gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dalam pada itu, Realme 11 5G mempunyai bateri sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.
Peranti Realme ini turut dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan kemampuan zum sehingga 3X yang kemudiannya diikuti pula 2MP untuk potrait.
Bukan itu sahaja, peranti ini turut dihadirkan dengan kamera hadapan puls sebesar 16MP yang diletakkan pada lubang kecil di bahagian tengah.
Terdahulu, Realme pernah melancarkan tablet Realme Pad Mini di Malaysia dengan harga serendah RM699 sahaja.
Kredit: amanz
+ Baca repon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Graduan dari Fakulti Sains Gunaan ini mencatat sejarah dengan UITM apabila masuk ke Malaysia Book of Records sebagai penerima ke-1 juta skrol dalam Istiadat Konvokesyen Ke-97. Selain itu, Nur Liyana Athirah juga membawa pulang hadiah sebuah motosikal, cermin mata La Calisto Sdn. Bhd berjumlah RM1,500, penginapan di Grand Swiss-Belhotel Melaka selama 3 hari 2 malam serta tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Nur Liyana juga bakal menerima tajaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tahniah #beritaditiktok #beritaviral #trendingnewsmalaysia #fyp #uitm #uitmkonvokesyen97

