“Free gift ke?” – [VIDEO] Pelanggan Terkejut Beli Burger Ada ‘Stapler’ Dalam Bungkusan

Entertainment
9 Mar 2023 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Burger Ramly merupakan makanan jalanan yang paling popular di Malaysia dan anda boleh menemuinya di mana-mana sahaja.

Walaupun ianya biasa dijual di gerai-gerai kecil tepi jalan namun ia adalah hidangan utama untuk penduduk tempatan apabila kita lapar di tengah malam atau apabila terasa ingin mengunyah. Betul tak?

Apabila membeli makanan di restoran atau gerai, kemalangan cenderung berlaku. Seperti baru-baru ini, satu video telah tular di laman media sosial TikTok di mana seorang wanita menemui telur katak dalam makanannya.

Terbaru, sebuah lagi video tular yang mempunyai nasib yang hampir sama, seorang lelaki pula membeli burger jalanan pada lewat malan namun apa yang mengejutkan ialah terdapat sebuah stapler yang dibungkuskan sekali dalam burger itu.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @yunnyotnyot itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen, rata-rata merasakan ia sesuatu yang menghiburkan.

image is not available

Dalam video seterusnya, pengguna TikTok berkenaan memberitahu dia sudah pun memulangkan semula stapler tersebut dan peniaga tersebut terkejut serta memberitahu dia tercari-cari alat tulis tersebut.

Nasib baik bukan ubat stapler tu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.