“Pokemon!” – Jaclyn Victor Bengang Gambar Disalah Guna Untuk Sebar ‘Fake News’

Entertainment
18 Feb 2025 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), banyak membantu dalam urusan harian serta dapat memudahkan kerja kita namun ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab menggunakan AI untuk menyebarkan berita palsu.

Terbaru, penyanyi terkenal tempatan, Jaclyn Victor menjadi mangsa AI di mana gambarnya telah disunting dengan begitu teruk beserta tajuk utama seakan dari berita.

Dalam gambar tersebut, pelantun lagu Gemilang itu disunting tidak berbaju dan sedang ditahan oleh polis.

Menerusi laman Instagram miliknya, Jaclyn sangat marah dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu dan memberitahu dia akan mengambil tindakan selanjutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JACLYN VICTOR (@jaclyn_victor)

“Sudah cukup! Pokemon! Diorang ini memang dah melampau. Nak cakap tak guna kang kita yang jadi orang tak baik.

Saya akan ke balai @pdrmsia_official @skmm_mcmc ! Ini sudah terlalu melampau dan membuatkan saya begitu marah. Kenapa perlu (sunting) saya bogel,” tulisnya di kapsyen.

Jaclyn bagaimanapun tidak memberitahu gambar itu dimuat naik di mana, sebelum ini ramai juga artis lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Fazura yang gambarnya disunting sebegitu rupa.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.