Pokok bentuk aneh belakang Hospital Kajang sudah digergaji – “Imej gajah jadi papan rata”

LocalPolitics
28 Mar 2025 • 9:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bentuk aneh pada sebatang pokok terletak di belakang Hospital Kajang yang sebelum ini menjadi rumah ibadat haram telah digergaji yang dipercayai dilakukan oleh pihak berkuasa, baru-baru ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Norma Mat Zain menerusi laman Facebook @Rumah Ibadat Haram Dibina Dimana Hari Ini memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam meratakan kulit pokok itu yang dikatakan mempunyai imej gajah.

Pokok bentuk aneh

image is not available

“Info terkini, pokok ini telah di chainsaw tadi. Saya nampak masa lalu situ.

“Tahniah pihak berkuasa yang ambil tindakan, imej gajah telah menjadi papan rata,” ujar Norma Mat Zain.

Pokok bentuk aneh

image is not available

Bagus PBT ambil tindakan cepat!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius dalam menangani isu tersebut.

image is not available

Kesian pokok tu jadi mangsa

Tidak kurang juga ada segelintir individu meluahkan rasa kasihan terhadap pokok tersebut yang menjadi mangsa keadaan sehingga terpaksa dipotong permukaannya bagi menggelakkan kejadian sama berulang kembali.

image is not available image is not available

Terdahulu, tular di media sosial mengenai aduan orang awam mengenai sebatang pokok yang dipercayai bakal menjadi rumah ibadat sekiranya ia tidak dibanteras dari awal.

Isu berkenaan mula menjadi perhatian ramai apabila sebuah rumah ibadat dipercayai berusia ratusan tahun dibina secara haram atas tanah wakaf milik Jakel.

image is not available