
Kota Kinabalu: Pemandu dinasihatkan berhati-hati apabila berteduh di bawah pokok selepas Nissan Vanette yang diletakkan di luar bangunan Usia, di sini, rosak teruk dihempap pokok tumbang pada Khamis.
Nasib baik, tiada sesiapa berada di dalam van itu semasa kejadian pukul 2 petang itu yang mengakibatkan bahagian belakang van rosak.
Sebuah motosikal baharu yang diletakkan di belakangnya turut dihempap.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 3.23 petang dan datang untuk memotong dan membersihkan batang pokok.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Pokok itu dipercayai tumbang akibat tanah gembur berikutan hujan lebat baru-baru ini. Selasa lalu di Tawau, sebuah Proton Saga turut mengalami nasib sama apabila diletakkan di luar Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

