Pokok tumbang hempap dua rumah, rosakkan kereta

3 Jul 2026 • 9:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pokok tumbang hempap dua rumah, rosakkan kereta
Sebuah kereta rosak akibat ditimpa sebatang pokok ketika kejadian angin kuat pada malam Khamis.
Image from: Pokok tumbang hempap dua rumah, rosakkan kereta
Kejadian berlaku pada malam Khamis ketika angin kuat melanda di beberapa kawasan di bahagian pulau.

GEORGE TOWN – [DIKEMAS KINI] Sebatang pokok angsana dianggarkan berusia kira-kira 130 tahun tumbang dalam kejadian di Jalan Batu Gantung, Air Itam di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian itu, pokok berkenaan telah menghempap dua buah rumah serta merosakkan tiga kenderaan.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Pokok daripada spesies Pterocarpus Indicus itu dianggarkan berketinggian kira-kira 25 meter dengan diameter 9.8 meter.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kawasan berkenaan mengalami hujan lebat bermula jam 7.15 malam hingga 9 malam, selain angin kencang kira-kira jam 8 malam berdasarkan rekod Stesen Meteorologi Taman Belia.

Dalam pada itu, MBPP memaklumkan pihaknya memulakan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang pada jam 9.15 malam dan laluan di Jalan Batu Gantung berjaya dibuka semula kepada orang awam pada jam 9.45 malam.

"Kerja-kerja pembersihan sisa pokok di lokasi masih diteruskan.

"Penyelenggaraan terakhir terhadap pokok-pokok di Jalan Batu Gantung telah dilaksanakan pada Januari dan April tahun ini sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan berkala," katanya.

**media[3569817]**

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi.

“Jentera tiba pada jam 8.55 malam dan mendapati sebatang pokok telah tumbang lalu menghempap bahagian bumbung hadapan dua unit rumah.

“Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan pada tiga buah kenderaan yang berada di kawasan rumah terbabit. Tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, komander operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang.

Tambah beliau, selepas memastikan tiada lagi risiko di lokasi, kawasan kejadian diserahkan kepada MBPP untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.35 malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved