Polis, AADK ditempatkan di sekolah tangani isu keselamatan pelajar

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 4:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis, AADK ditempatkan di sekolah tangani isu keselamatan pelajar

Parit Buntar – Penempatan pegawai perhubungan Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekolah menjadi antara langkah memperkukuh aspek keselamatan serta menangani isu buli dan gangguan dalam kalangan pelajar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pegawai berkenaan berperanan sebagai pihak pertama untuk dihubungi pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar sekiranya berlaku sebarang insiden.

“Peranan pihak polis untuk mengurangkan kes seperti itu adalah melalui penempatan pegawai perhubungan polis. AADK juga kita letakkan pegawai perhubungan.

“Tujuannya supaya mereka ini menjadi pihak pertama untuk dihubungi oleh pihak sekolah, ibu bapa ataupun pelajar sekiranya berlaku insiden buli atau gangguan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Tanjung Piandang di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pegawai perhubungan polis di sekolah turut mengendalikan program serta menyampaikan pengisian dari semasa ke semasa berkaitan aspek keselamatan dan perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan pelajar ketika berada di kawasan sekolah. – KOSMO! ONLINE

The post Polis, AADK ditempatkan di sekolah tangani isu keselamatan pelajar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved