Polis akan ambil keterangan Azam Baki, bantu siasatan dakwaan ugut Albert Tei

LocalPolitics
26 May 2026 • 5:13 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Polis akan ambil keterangan Azam Baki, bantu siasatan dakwaan ugut Albert Tei

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan Albert Tei.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas laporan polis dibuat pada 13 Mei lalu.

Menurut beliau, setakat ini polis telah merakam keterangan daripada dua saksi termasuk Albert dan seorang peguam yang didakwa menjadi penyampai maklumat berkaitan ugutan tersebut.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat oleh Albert sebelum satu sidang akhbar diadakan, yang mendakwa ugutan itu diterima melalui seorang peguam.

“Selepas kita merakam percakapan Albert dan mengenal pasti peguam terbabit, semalam kita telah merakam percakapan peguam yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini.

Menurutnya, siasatan kes masih berjalan dan polis perlu meneliti semua sudut sebelum membuat rumusan berhubung dakwaan berkenaan.

Kertas siasatan, ujar beliau akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan dan nasihat lanjut.

Albert, baru-baru ini telah membuat laporan polis mendakwa Azam mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah pada November 2024. - 26 Mei, 2026

The post Polis akan ambil keterangan Azam Baki, bantu siasatan dakwaan ugut Albert Tei appeared first on Scoop.