Tragedi Putra Heights: Polis Terima Laporan Ada Orang Main Mercun Di Kawasan Insiden

7 Apr 2025 • 7:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pihak polis menerima satu laporan polis yang mendakwa ada individu bermain mercun berhampiran kawasan insiden letupan paip gas di Putra Heights.

Masih tunggu siasatan penuh

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata berdasarkan laporan itu, pengadu mendakwa ada pihak yang bermain mercun di kawasan terbabit pada malam sebelum kejadian letupan paip gas.

"Pihak polis tak nampaklah kejadian pada waktu itu boleh membabitkan letupan pada pagi itu. Bagaimanapun, kita masih lagi menunggu siasatan penuh.

"Saya cuma maklum laporan yang polis terima (setakat ini). Jadi kita mengalu-alukan maklumat daripada orang awam. Yang ini maklumat yang mereka nampak (pengadu)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PTPK) letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Ahad. 

Sehingga tengah hari semalam, Hussein memaklumkan polis menerima sebanyak 642 laporan berhubung insiden letupan berkenaan.
Selain itu, katanya lebih 100 percakapan dirakam oleh polis membabitkan pelbagai pihak.

Katanya, mereka yang dipanggil itu termasuk 15 daripada pihak kontraktor, sub kontraktor dan pekerja.

"Sebanyak 118 percakapan saksi telah dirakam membabitkan pelbagai pihak, termasuk satu laporan polis yang menyatakan ada orang bermain mercun pada malam 31 Mac lalu," katanya.

Sumber: Berita Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved