Polis Berjaya Memberkas Warga Asing Tunggang Motor Lawan Arus, Jumpa Pelbagai Pasport

12 Oct 2023 • 1:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Polis trafik Ampang Jaya berjaya menahan sebuah motosikal ditunggang lelaki warga asing yang didapati menunggang lawan arus semasa menjalankan Op Khas Saman Warga Negara Asing, baru-baru ini.

Difahamkan, penahanan dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya di Jalan Pandan Indah, Ampang, Selangor.

Dalam pada itu, semakan mendapati penunggang tidak memiliki lesen mamandu sah.

Pemeriksaan dilakukan pada tubuh badan penunggang tetapi tidak membawa kepada penemuan barang yang menyalahi undang undang.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12A Akta Passport.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved