Polis Berkas Kumpulan Sindiket Sorok PATI Di Inap Desa

19 May 2024 • 12:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Berkas Kumpulan Sindiket Sorok PATI Di Inap Desa

Tindakan kumpulan sindiket diketuai warga Indonesia yang dikenali sebagai Geng Romi, yang menyembunyikan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah inap desa telah terbongkar dalam satu serbuan pada Ahad.

Kesemua individu Indonesia tersebut didakwa telah masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak sah, iaitu melalui jalan laut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi serbuan itu telah dijalankan sekitar jam 1.30 pagi.

“Operasi dijalankan mulanya menahan seorang lelaki berumur 29 tahun di bawah Seksyen 26A Akta Atipsom 2007.

“Operasi sama turut memberkas lapan individu termasuk tiga wanita berumur 22 hingga 42 di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan 11 individu lagi termasuk seorang wanita berumur 24 hingga 38 tahun di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, siasatan mendapati aktiviti berkenaan telah berlangsung selama hampir seminggu di lokasi tersebut.

“Siasatan mendapati rumah ini dijadikan rumah penampungan migran yang keluar dan masuk ke Malaysia melalui jalan laut secara tidak sah.

“Kesemua PATI yang ditahan ini dipercayai membayar kepada sindiket dengan harga antara RM1,200 hingga RM2,000 untuk seorang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved