Polis bongkar makmal dadah terbesar, rampas 1.2 tan ‘blue ice’

24 Oct 2026 • 6:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis bongkar makmal dadah terbesar, rampas 1.2 tan ‘blue ice’

JAKARTA – Sebuah pasukan gabungan terdiri daripada Polis Negara Indonesia, Agensi Narkotik Nasional (BNN) serta Direktorat Besar  Kastam dan Eksais telah membongkar makmal dadah terbesar di Indonesia yang terletak di Pidie, wilayah Aceh, lapor laman berita DetikNews semalam.

Operasi bersepadu tersebut membawa kepada penahanan 11 individu dan rampasan 1.2 tan syabu (methamphetamine kristal) atau dikenali sebagai dadah ‘blue ice’.

Menurut klip video yang dilihat semalam, serbuan  dilakukan petang  Rabu lepas. Makmal bawah tanah itu terletak antara deretan rumah kedai di kawasan Mutiara Timur, Pidie bagi mengabui mata pihak berkuasa.

Setibanya  di lokasi kejadian, anggota-anggota pasukan keselamatan terus mengepung rumah kedai tersebut dari arah depan dan belakang. Pada masa itu, semua pintu terkunci dan dimangga. Pegawai polis mengetuk pintu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada penghuninya.

Pasukan gabungan mengambil tindakan tegas dengan memecahkan pintu belakang rumah kedai tersebut. Sebaik sahaja pintu dibuka, mereka menyerbu ke dalam bangunan itu.

Rumah kedai itu gelap dengan semua lampu dipadamkan serta barang-barang bersepah. Bagaimanapun, mereka menemukan beberapa suspek yang cuba bersembunyi.

Seramai enam orang ditangkap di rumah kedai tersebut. Pada masa yang sama, pasukan keselamatan  di lokasi berbeza menangkap lima suspek lain.

Rumah kedai itu diubah suai secara khusus dengan bilik-bilik bagi setiap peringkat proses pengeluaran syabu. Bilik-bilik  itu dipenuhi bahan kimia berbahaya dan peralatan pengeluaran yang lengkap.

Di tempat kejadian, polis  merampas bekalan cecair syabu, tong gas, dapur, alat penyinaran (irradiator), peti sejuk, penimbang, baldi, paket syabu yang sedia untuk diedarkan serta mesin basuh yang digunakan untuk proses pengkristalan. 

Sindiket yang beroperasi  disyaki mempunyai hubungan  dengan rangkaian dadah antarabangsa yang berasal dari China, Malaysia dan Indonesia. – AGENSI 

 

The post Polis bongkar makmal dadah terbesar, rampas 1.2 tan ‘blue ice’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved