Polis buka kertas siasatan kes lelaki berpakaian mirip anggota keselamatan

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 9:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis buka kertas siasatan kes lelaki berpakaian mirip anggota keselamatan
Tangkap layar video tular memaparkan lelaki memakai pakaian menyerupai pasukan keselamatan.

GOMBAK – Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang lelaki memakai pakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata yang disyaki tiruan di sekitar Taman Bukit Desa, Kepong.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.31 petang Isnin selepas video berkenaan tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Siasatan awal mendapati individu terbabit merupakan seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti.

“Susulan laporan yang diterima, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Prakash Sithambaram, di talian 012-2940827 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu melengkapkan siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved