Polis buka siasatan video tular lelaki berpakaian mirip pasukan keselamatan

23 Jun 2026 • 4:34 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Video tular lelaki berpakaian mirip pasukan keselamatan membawa senjata disyaki tiruan di Kepong

Satu video tular merakamkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan serta membawa senjata di kawasan Taman Bukit Desa, Kepong, mencetuskan perhatian dan kebimbangan orang ramai.

Memetik laporan Sinar Harian, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu selepas menerima laporan pada jam 4.31 petang Isnin, susulan video berkenaan yang tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata siasatan awal mendapati individu dalam rakaman tersebut ialah seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 bagi meneliti.

♬ Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO – Zassh

Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Prakash Sithambaram, di talian 012-2940827 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Terdahulu, tular video di TikTok merakamkan seorang individu diilihat berjalan seorang diri pada waktu malam dengan memakai pakaian menyerupai pasukan keselamatan sambil memegang senjata yang disyaki tiruan.

The post Polis buka siasatan video tular lelaki berpakaian mirip pasukan keselamatan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved