Polis kesan individu pandu Hilux, Viva secara melulu di lebuh raya

LocalCars
23 Jun 2026 • 11:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis kesan individu pandu Hilux, Viva secara melulu di lebuh raya
Tangkap layar video tular yang memaparkan sebuah Toyota Hilux dan Perodua Viva dipandu secara melulu. - Foto tular

NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan dua individu yang memandu kereta masing-masing secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan arah Jawi menghala ke Bukit Tambun di sini seperti video yang tular menerusi laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, rakaman video berdurasi dua minit 43 saat itu dikesan dimuat naik menerusi Facebook oleh satu akaun pada 8.30 malam pada Isnin.  

"Rakaman berkenaan memaparkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Perodua Viva dipandu secara melulu dan berbahaya seolah-olah sedang berlumba di lebuh raya itu.

"Pemanduan sedemikian satu tindakan amat berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan melalui talian 04-5858222 untuk membantu siasatan, tambahnya. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved