Polis buru dua pencuri kabel

23 Jan 2026 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar rakaman video tular kenderaan dinaiki suspek memecut laju selepas menyedari kehadiran penduduk. Gambar kecil: Naazron
image is not available
Tangkap layar kegiatan suspek cuba mencuri kabel di Taman Kajang Sentral, Kajang baru-baru ini.

KAJANG - Cubaan dua lelaki mencuri kabel di Taman Kajang Sentral di sini bukan sahaja gagal, malah sedang giat diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku pada Isnin lalu sebelum satu laporan telah diterima pihaknya ada jam 9.28 malam, Khamis.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian melibatkan dua lelaki yang menggunakan kenderaan jenis pacuan empat roda.

"Suspek cuba memotong kabel yang disyaki milik Telekom Malaysia (TM) sebelum melarikan diri selepas ditegur penduduk setempat.

**media[3410868]**

"Suspek yang telibat dalam kes ini sedang dikesan untuk siasatan di bawah Seksyen 431A/511 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhammad Aiman Mazlan Nizam di talian 017-5527318 bagi membantu siasatan.

Kata beliau, pihak polis menasihatkan orang ramai sekiranya melihat sebarang kejadian jenayah dan mempunyai maklumat untuk menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Sebelum itu, tular rakaman video yang dirakam penduduk memaparkan dua lelaki cuba mencuri kabel.

Bagaimanapun, kegiatan dipercayai di awal pagi itu terbantut selepas menyedari kehadiran penduduk sebelum suspek memecut laju kenderaannya.