Polis buru lelaki bertopi keledar lepas tembakan

LocalPolitics
6 Jan 2026 • 1:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki bertopi keledar melepaskan tembakan ke arah seorang individu di sebuah restoran makanan segera di Banting pada Ahad.

BANTING - Lelaki yang melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian seorang pengunjung sebuah restoran makanan segera di sini giat diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, usaha mengenal pasti identiti suspek masih dijalankan.

"Semakan awal mangsa dikesan memiliki rekod jenayah. Namun kita tidak boleh dedahkan lanjut perkara ini kerana kes masih dalam siasatan.

"Kita sedang menyiasat motif kejadian daripada pelbagai sudut sama ada berkait elemen gangsterisme dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar meluru masuk di restoran terbabit sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.05 malam, Ahad mangsa iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved