Polis Buru Individu Menyamar Jadi TMJ, Minta Bayaran Untuk Projek Di Media Sosial

22 Feb 2023 • 2:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis sedang memburu individu yang menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui Instagram untuk meminta wang kepada mangsa.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar menyatakan polis telah menerima satu laporan daripada Media Istana Johor tentang satu tangkap layar yang memaparkan mesej individu tersebut menggunakan akaun Instagram TMJ atas nama ‘hrhcrownprinceofjohor’.

Ubah suai tangkap layar untuk menyamar jadi TMJ

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati individu berkenaan menyamar menjadi TMJ dengan mengubah suai tangkap layar itu untuk berhubung dengan mangsa.

“Suspek mengubah dan menggunakan gambar profil akaun Instagram TMJ supaya mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan Tunku Ismail,” jelasnya.

Lapan syarikat terpedaya jadi mangsa scam

Polis melaporkan sehingga kini sebanyak lapan syarikat telah menerima mesej itu dan ada yang telah terpedaya serta memasukkan sejumlah wang ke akaun seperti diarahkan suspek kononnya untuk mendapatkan projek ditawarkan.

Beliau menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menyamar dan menipu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.