Polis buru lelaki curi beg jemaah dalam masjid

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 5:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar tular seorang lelaki mencuri beg tangan di dalam sebuah masjid Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram.

JOHOR BAHRU – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg tangan milik seorang jemaah wanita warga emas di sebuah masjid di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam itu ketika mangsa berusia 71 tahun berada di dalam masjid berkenaan.

“Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 34 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki memasuki masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat sebelum menghampiri ruang solat wanita dan mencuri beg tangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved