Polis buru lelaki curi beg, motosikal warga emas di masjid Batu Uban

29 Dec 2025 • 6:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis siasat kes curi beg dan motosikal milik warga emas di sebuah masjid di Batu Uban. Orang ramai diminta bantu dengan sebarang maklumat

GEORGE TOWN: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg dan sebuah motosikal milik seorang warga emas di sebuah masjid di Batu Uban.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia lingkungan 70-an pada hari kejadian.

Berdasarkan laporan, beg yang mengandungi wang tunai RM100 dan motosikal itu dicuri ketika mangsa sedang berada di dalam masjid.

Lee meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial video 30 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju hitam mengambil beg milik warga emas yang sedang berehat di dalam masjid.

Lelaki itu kemudian melarikan motosikal milik mangsa.

Video itu dipercayai rakaman daripada kamera litar tertutup di dalam masjid terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved