
Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan cedera dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah unit pangsapuri di Setapak.
Bayi itu cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua belah matanya kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, kata Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju D Saralathan.
Sehubungan itu, polis kini mengesan seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun bagi membantu siasatan kes itu.
“Lelaki terbabit melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Beliau berkata siasatan awal polis mendapati punca bayi itu dipukul adalah kerana membuat bising dan ibu bayi berkenaan dikatakan cuba menghalang teman lelakinya itu tetapi tidak berdaya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
Semalam, tular kejadian seorang lelaki mendera bayi perempuan berusia 11 bulan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

