Polis buru suspek tikam jurujual, guru besar di tandas surau

LocalPolitics
11 Aug 2024 • 5:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas, kini dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar ketika dihubungi Bernama hari ini berkata suspek dipercayai warga tempatan berusia lewat 40-an.

“Polis sedang berusaha memburu suspek yang sudah dikenal pasti itu. Kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki berkenaan.

Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved