
Kota Kinabalu: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menetak teman lelaki bekas isterinya di sini, malam Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian itu berlaku di kawasan lapang bulatan Menara Kinabalu sekitar jam 9 malam.
Menurut Mohd Zaidi, dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 39 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka, tangan dan kaki manakala teman wanitanya, 30, sempat menyelamatkan diri.
“Pasangan itu dikatakan sedang makan di dalam kereta ketika diserang oleh tiga lelaki termasuk seorang daripadanya bersenjatakan kapak. Mangsa lelaki cedera akibat serangan itu namun mereka sempat menyelamatkan diri dan pergi ke Balai Polis Alamesra. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan. Teman wanitanya tidak mengalami kecederaan,” katanya.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau menambah, motif serangan ini dipercayai akibat rasa cemburu iaitu salah seorang lelaki terbabit yang dikenali sebagai Winhal Jalali, 37, adalah bekas suami kepada wanita terbabit.
Mohd Zaidi berkata, susulan kejadian itu polis kini memburu ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam serangan tersebut.
“Selain Winhal, dua lagi suspek ialah Abdel Jalali, 27, dan seorang rakan mereka yang belum dikenal pasti. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Khaidir Zakarian di talian 014-8019618,” katanya.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
