Polis buru warga Myanmar disyaki bunuh rakan sekerja

30 Jun 2025 • 9:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis sedang memburu seorang lelaki warga Myanmar dipercayai membunuh rakan sekerja di Kampung Batu, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai membunuh rakan sekerjanya selepas berlaku pertengkaran di sebuah kedai besi buruk di Kampung Batu, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya juga sedang merekodkan keterangan lima saksi terdiri daripada pemilik premis, rakan sekerja dan keluarga mangsa bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa maut akibat ditikam. Polis menemukan sebilah pisau di tempat kejadian, namun belum dapat dipastikan sama ada senjata itu digunakan dalam kes itu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Terdahulu, polis menerima panggilan kecemasan daripada pemilik kedai besi buruk itu pada 11.33 malam Ahad memaklumkan berlaku pergaduhan antara dua pekerjanya iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun dengan lelaki warga Myanmar ketika sedang mabuk di premis itu.

Pemeriksaan awal polis di tempat kejadian mendapati mangsa tidak berbaju dan memegang parang di tangan kiri dengan terdapat kesan kecederaan pada bahu kanan, kepala bahagian kiri, leher, dagu kiri serta kesan lubang di bahu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved