
TAWAU: Polis menahan seorang wanita warga asing yang disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Melayu Pulau Sebatik pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek berumur 38 tahun itu dipercayai bergiat aktif di sekitar pulau terbabit terutamanya di Kampung Bergosong.
“Hasil serbuan ini kita merampas 18 paket berlainan saiz berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 6.18 gram,” katanya di sini pada Jumaat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Berikutan itu suspek dan barang kes dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta yang sama.
Sementara itu, dalam tangkapan berasingan, Jasmin berkata polis turut menahan seorang pemuda tempatan berumur 23 tahun untuk disiasat berhubung kes penipuan jual beli barang atas talian.
“Hasil semakan menerusi Mobile Check Aadhaar Device (MCAD) Polis Diraja Malaysia (PDRM), suspek dipercayai terlibat dalam kes penipuan yang dilaporkan di Kuala Penyu,” katanya.
Beliau berkata kes itu dilaporkan pada 2023 oleh seorang mangsa yang mengalami kerugian RM13,000 dalam urusan jual beli komputer riba dan tablet menerusi aplikasi media sosial.
Menurutnya mangsa membuat enam kali transaksi pembayaran untuk membeli gajet-gajet terbabit sebelum menyedari dirinya ditipu dan tampil membuat laporan polis.
“Suspek ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mengulas lanjut orang ramai diingatkan berhati-hati dalam urusan jual beli atas talian dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu untuk mengelak daripada ditipu.




