Polis Cari Lelaki Pukul Wanita Dengan Topi Keledar

28 Jan 2023 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular di media sosial terutamanya di Twitter tentang sebuah video yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita dengan menggunakan topi keledar di tepi jalan.

Video tersebut pada mulanya dikongsikan oleh akaun TikTok Malaysia Gazette sebelum dikongsikan semula di Twitter.

Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki yang memakai jaket merah telah memukul wanita yang bertudung ungu dengan topi keledar.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang berada di atas motosikal di tepi jalan.

image is not available

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang, Paloh 2 Kelantan.

Dalam video itu juga, dapat kita dengar lelaki dan wanita berkenaan menggunakan loghat Pantai Timur. Lelaki tersebut juga telah meninggikan suara kepada wanita itu.

Menurut pihak polis daerah itu, setakat semalam masih belum ada laporan yang dibuat mengenai kejadian itu.

image is not available

Jadi, kini pihak polis telah mengeluarkan arahan untuk mengesan mangsa dan suspek kepada ketua polis di setiap balai berdekatan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.