Polis cari pemandu kereta bunyikan siren, pandu melulu

4 Oct 2023 • 11:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular rakaman video menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu sambil membunyikan siren pada Isnin.

SERDANG - Polis mengesan pemandu sebuah kereta selepas aksinya memandu secara melulu dan berbahaya selain mengeluarkan bunyi siren di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, Isnin lalu tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Satu rakaman video berdurasi 48 saat yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya dengan mengeluarkan siren serta lampu kecemasan dikesan tular menerusi media sosial.

"Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuka berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Pada Isnin, tular rakaman video menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu sambil membunyikan siren.

Tindakan pemandu kereta itu menimbulkan kecaman netizen yang meminta supaya pihak berkuasa segera mengambil tindakan berkaitan kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved