Bunyikan Siren Untuk ‘Cilok’ Ketika Jalan ‘Jammed’, Polis Buru Pemandu Kereta Saga

Entertainment
4 Oct 2023 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis kini sedang mengesan sebuah kereta yang dirakam menggunakan bunyi siren dan dipandu secara melulu serta berbahaya di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 48 saat yang kini tular di media sosial.

“Berdasarkan rakaman itu, kita mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga mengeluarkan bunyi siren dan dipandu secara berbahaya serta melulu di lokasi berkenaan.”

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 2 Oktober lalu (semalam) sebelum rakaman video insiden berkenaan tular dalam media sosial, hari ini.”

Jelasnya lagi jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved