Polis cari saksi kemalangan langgar lari di Jambatan Pulau Pinang

28 Nov 2025 • 8:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis minta saksi kemalangan langgar lari di Jambatan Pulau Pinang pagi tadi tampil bantu siasatan, mangsa lelaki warga asing maut.

GEORGE TOWN: Polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kemalangan langgar lari di Jambatan Pulau Pinang pagi tadi supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian jam 6.30 pagi itu berlaku berhampiran susur jambatan menghala ke Perai.

Beliau berkata kemalangan itu melibatkan seorang lelaki warga asing tanpa dokumen pengenalan diri.

“Mangsa disyaki dilanggar oleh kenderaan lain dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Timur Laut Inspektor Irwandy Hamled.

Nombor telefon yang disediakan untuk dihubungi ialah 013-5155656.

Maklumat daripada saksi diperlukan bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan. – Bernama