Polis Cekup Pemandu Proton Saga Tunjuk Lagak Samseng Di Pulau Pinang [Video]

10 Apr 2023 • 9:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Pemandu proton saga ditahan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan aksi sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwana merah dengan sebuah lori yang berhimpit antara satu sama lain.

Tidak lama kemudian kelihatan Proton Saga yang berwarna merah itu memotong lori tersebut sebelum menghentikan kenderaannya di tengah jalan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, dipercayai pemandu Proton Saga berkenaan bertindak mengeluarkan satu objek dari bonet belakang keretanya.

@kakakmarcel

Bahayanyaa Ya Allahh😢 Kejadian depan mata .. Semoga tiada yang cedera 😥 Pandu cermat , jiwa selamat 😩 #permatangpauh #loriputih #sagamerah #unclecina #abangsaga #fypシ #viraltiktok #viralvideos

♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Polis tahan pemandu Proton Saga

Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Proton Saga terbabit kerana dipercayai bertindak agresif apabila merosakkan sebuah lori pada 8 April lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San pemandu Proton Saga yang juga lelaki warga tempatan berkenaan ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Awalnya berhimpit antara satu sama lain sebelum berhenti dan bergaduh

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal yang dibuat mendapati insiden itu berlaku di Jalan Permatang Janggus menghala ke Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 8 April namun waktu ia berlaku tidak dapat dipastikan.

“Dalam video tular itu, kereta Proton Saga Merah dan sebuah lori didapati berhimpit-himpit antara satu sama lain dan akhirnya kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan berhenti sebelum berlaku pergaduhan.


“Pemandu kereta terbabit dilihat telah mengeluarkan satu objek dari bahagian belakang keretanya sebelum memukul nombor plat hadapan lori berkenaan,” jelasnya dipetik Sinar Harian.

Cheng San dalam pada itu turut meminta orang ramai agar tidak melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang serta memecahbelahkan ketenteraman.