Polis Dedah Ramai ‘Founder’ Produk Dan Pempengaruh Di Kelantan Terlibat Kegiatan Penggubahan Wang Haram & Pengedaran Dadah

LocalPolitics
22 Mar 2025 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menurut Datuk Mohd Yusoff Mamat iaitu Ketua Polis Kelantan, ramai founder atau pengasas produk serta influencer di negeri Kelantan dipercayai terbabit dalam kegiatan ubah wang haram dan juga pengedaran dadah.

Memetik laporan Berita Harian, ini berikutan berdasarkan beberapa kes dan tangkapan yang melibatkan golongan tersebut sebelum ini.

Difahamkan, modus operandi yang sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah tersebut telah digunakan oleh golongan pengasas produk dan pempengaruh ini.

Menurut pihak polis Kelantan, sebagai contoh, satu kes melibatkan usahawan kosmetik pada tahun 2020 di mana usahawan tersebut ditahan terlibat kes seludup dadah.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Ketua Polis Kelantan menerusi TikTok untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu ini.

@mohdyusoff913

usahawan kelantan sebenarnya cuci duit? #ipkkelantan #kotabharu

♬ Hard News – DM Production

Selain itu, pada tahun 2021 pula, satu lagi kes di mana seorang usahawan kosmetik dengan gelaran Datin telah ditangkap kerana mengedar dadah.

Bukan itu sahaja, pada tahun lalu iaitu 2024, seorang ahli perniagaan di Kelantan turut disyaki terbabit dalam kes edar dadah di negeri tersebut, lapor Astro AWANI.

Polis Kelantan turut mendedahkan bahawa sindiket seperti itu menggunakan perniagaan mereka untuk mencuci wang haram.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.