Polis di India tampar penumpang lelaki yang masuk ke gerabak kereta api khusus untuk wanita

WorldPolitics
23 Oct 2024 • 9:06 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kaum wanita diberikan beberapa keistimewaan bagi menjamin keselamatan mereka ketika berada di tempat awam.

Gerabak khusus untuk wanita terutamanya disediakan bagi melindungi mereka daripada terkena apa-apa gangguan dari orang yang tidak dikenali.

Satu video tular yang berlaku di India bagaimanapun dipuji ramai apabila pihak polis bertindak menampar penumpang lelaki yang keluar dari gerabak yang dikhususkan untuk kaum wanita.

Menerusi video berkenaan, kelihatan di dalam sebuah gerabak dipenuhi dengan kaum lelaki.

Sebaik sahaja pintu kereta api dibuka, beberapa orang pegawai polis yang bertugas menampar penumpang lelaki yang baru sahaja keluar dari gerabak di Metro Delhi itu.

Bagi penumpang lelaki yang membawa keluarga, tidak dikenakan tindakan.

Ramai yang memuji polis berkenaan, bagaimanapun ada yang mempersoalkan adakah tindakan polis itu dibenarkan.