
LAHAD DATU: Seorang anggota polis berusia 43 tahun didakwa memiliki 191.5 liter air ketum di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nasir Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Selag.
Mohd Nasir didakwa memiliki 191.5 liter air ketum di rumah sewanya di Taman CL, Jalan Assam, di sini pada 22 Jun, 2025.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dia didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 25 Ogos untuk sebutan semula dan perbicaraan.

