
Seorang anggota polis dilaporkan maut selepas ditembak rakan sekerjanya di ruang tamu rumahnya di Keluharan Bandar Jaya Barat, Kecamatan Terbanggi Besar, Lampung pada Ahad lalu, lapor CNN Indonesia.
Menurut laporan Antara News, kejadian itu disedari jiran setempat apabila mereka mendengar bunyi tembakan dilepaskan dan teriakan mangsa meminta tolong.
Dalam kejadian tersebut, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Harapan Bunda Bandar Jaya namun disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Lampung Tengah, Aiptu Sriwaluyo berkata bahawa pelaku mengaku menembak mangsa.
Pelaku kemudiannya ditahan oleh pihak polis tiga jam selepas kejadian tersebut di Kapung Karang Indah Kecamatan Terbanggi Besar, Lampung Tengah.

“Tiga jam selepas kejadian, pasukan polis gabungan berjaya menangkap pelaku dan dia kini berada dalam siasatan pihak polis,” katanya.
Tambah Pandra, pelaku melepaskan tembakan terhadap rakannya itu dalam keadaan sedar di ruang tamu mangsa.
“Dia (pelaku) datang ke ruang tamu rumah mangsa sebelum melepaskan tembakan dalam keadaan sedar,” kata Ketua Humas Polis lampung, Zahwani Pandra Arsyad.
Dalam pada itu, sakit hati dipercayai menjadi motif insiden penembakan itu, lapor Tribun News.
Suspek mendakwa bahawa mangsa sering menyinggung perasaannya dan baru-baru ini mangsa dikatakan telah menyebarkan maklumat di dalam group WhatsApp mengenai isteri suspek yang tidak membayar kutu.
“Pelaku sudah tidak dapat membendung rasa amarahnya dan tanpa berfikir panjang terus menembak mangsa,” kata Ketua Polis Lampung.
Jelasnya lagi, ketika suspek sedang menjalankan tugas, dia dihubungi oleh isterinya yang sedang sakit dan diminta pulang ke rumah.
Ketika dalam perjalanan pulang, dia teringat mengenai perlakuan mangsa terhadapnya dan terus memasuki rumah mangsa.
“Ketika suspek melintasi rumah mangsa, dia ternampak mangsa yang sedang duduk di teres rumahnya dan melepaskan satu das tembakan ke arah dada kiri mangsa,” katanya.
Hasil pemeriksaan, pihak polis telah merampas sepucuk pistol jenis revolver bersama lima butir peluru, sebuah motosikal, seragam polis, helmet dan sehelai jaket.

Sehingga kini, pihak polis Lampung Tengah sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap pelaku.
BACA JUGA: Anggota Polis Maut Kemalangan Jalan Raya
Sumber: Tribun News, CNN Indonesia
The post Polis Dilapor Tembak Rakan Setugas, Dakwa Sakit Hati Dengan Mangsa appeared first on Siakap Keli.
