Polis Evo 3 raih RM25 juta, atasi kutipan Polis Evo 2

2 Jun 2023 • 4:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: FILEM Polis Evo 3 berjaya mengaut RM25 juta untuk tujuh hari tayangan rasmi dan sehari tayangan awal, sekali gus mengatasi kutipan sekuel terdahulu Polis Evo 2 sebanyak RM23 juta dalam tempoh 44 hari.

Terdahulu, filem Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, momentum positif itu memperlihatkan prestasi yang lebih pantas apabila Polis Evo 3 mengatasi kutipan lebih tinggi berbanding Polis Evo 2 selama seminggu sahaja.