Polis Gesa Pemandu Iriz Hijau Buli Anak Perdana Menteri Atas Jalan Serah Diri Ke Balai

21 Jan 2023 • 11:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Itulah orang kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, kan dah tersalah buli orang, kah! Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan video aduan dari Nurul Ilham, anak kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang telah dibuli pembuli jalan raya.

image is not available

Hari ini, pihak polis dikatakan telah menggesa pemandu kereta jenis Proton Iriz warna hijau untuk tampil serah diri bagi membantu siasatan.

Gesa hadir ke balai kerana nombor plat telah dikenal pasti…

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM memaklumkan perkara itu di Facebook di mana pemandu wanita terbabit telah memandu secara berbahaya dengan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).

Tindakan sebegini boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pamandu yang lain. JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan ini telah dikenal pasti.

@beritahairanmy

Anak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim iaitu Nurul Ilham Anwar jadi mangsa buli pemandu wanita. #mangsabuli #bulijalanraya #anakpm #nurulilhamanwar #beritahairan

♬ Santai – Faizal Tahir

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved