Nurul Ilham Anwar Mengadu Jadi Mangsa Buli Jalan Raya Di Media Sosial

20 Jan 2023 • 8:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa tak geram bila ada pemandu tidak bertanggungjawab buat aksi bahaya dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Antara yang menjadi mangsa buli jalan raya kali ini adalah anak Perdana Menteri sendiri iaitu Nurul Ilham Anwar Ibrahim.

Kejadian itu berjaya dirakam Nurul dan dikongsikan melalui Twitter. Dalam video tu dalam dilihat sebuah kereta jenis Proton Iriz warna hijau yang dipandu seorang wanita telah menghalang laluan Nurul.

image is not available

Dibuli ketika bersama anak kecil…

Saya biasanya tidak berkongsi perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini asyik tekan brek di lorong laju.

Sangat bahaya dan saya mempunyai anak berusia 2 tahun bersama saya. Berada di sana selamat seminit sebelum pemandu wanita itu menukar ke lorong lain.

Bunyikan hon tanda protes pula lagi…

Tidak cukup dengan itu, Nurul turut menceritakan detik-detik di mana pemandu wanita terbabit membunyikan hon ke arahnya ketika menuju ke lorong tol TnG.

Saya sudah memberi isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat dia (mahu) pergi ke kanan (ke arah lorong Smart Tag). Mungkin dia marah mengenai perkara itu.

Rata-rata netizen berasa geram dengan pemandu Iriz terbabit dan menasihatkan Nurul untuk buat laporan polis.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved