Polis Giat Kesan Lelaki OKU Hilang Di Taman Perling

12 Apr 2026 • 4:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Giat Kesan Lelaki OKU Hilang Di Taman Perling

JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Polis sedang giat mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak semalam di Taman Perling, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohamad Ezwan Ibrahim, 34, yang mempunyai ketidakupayaan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

Beliau berkata kali terakhir lelaki itu dilihat kira-kira 5.30 pagi semalam di Perling Mall, Taman Perling.

“Pakaian terakhir lelaki itu ialah baju T berwarna biru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, individu itu tinggal di Blok G, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Rawa 1, Taman Perling di sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Taman Perling, Sarjan Mejar Nuhairi Abd Hasir di talian 012-7016945 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5561222, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved