Polis Guna ChatGPT Jejak Pemandu Langgar Lari, Berjaya Dikenal Pasti Dalam Tempoh Tiga Saat

18 Jul 2025 • 8:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis di wilayah Udon Thani menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT bagi membantu menjejaki pemandu kes langgar lari yang mengorbankan dua nyawa pada 6 Julai lalu.
 
Menurut laporan Bangkok Post, suspek melarikan diri sejurus selepas kemalangan maut itu berlaku.
 
Bagaimanapun, pihak berkuasa menemui satu bahagian kecil kenderaan yang dipercayai milik suspek di lokasi kejadian.
 
Selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis turut menggunakan ChatGPT untuk menganalisis gambar bahagian auto tersebut dan meminta bantuan AI mengenal pasti model kenderaan Toyota yang terlibat.
 
Dalam tempoh kurang tiga saat, ChatGPT berjaya mengenal pasti komponen berkenaan sebagai “pengukuh atas bampar hadapan” dengan nombor siri 52113-0K140.
 
AI turut menyatakan bahawa bahagian itu milik model Toyota Hilux Vigo Champ.
 
Berdasarkan maklumat itu dan rakaman CCTV, polis akhirnya berjaya mengenal pasti dan menahan pemandu terbabit.
 
Kejayaan tersebut dikongsikan salah seorang pegawai penyiasat kes menerusi hantaran di Facebook pada 8 Julai, yang kemudiannya tular dengan lebih 2,000 perkongsian ketika itu.
 
Rata-rata warganet memuji usaha pihak berkuasa yang kreatif menggunakan teknologi AI dalam siasatan jenayah. 

Sumber: Sinar Harian
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved