Polis: Hantaran sate anjing dijual di Sitiawan palsu

26 Oct 2023 • 9:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Hantaran yang dimuat naik seorang pengguna media sosial mendakwa beberapa warga asing menjual sate menggunakan daging anjing berhampiran sebuah pasar raya di Sitiawan dekat Manjung, adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan hantaran yang dimuat naik itu tidak benar.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Syamsul Hazeman Md Salleh turut mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya tidak mendapat maklumat dan kejadian itu bukan berlaku di Manjung,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang pengguna media sosial dengan nama Md Sani Md Shah mendakwa warga Myanmar dan Bangladesh ditahan pihak berkuasa kerana menjual sate menggunakan daging anjing berhampiran sebuah pasar raya di Sitiawan.

Bagaimanapun, semakan Bernama mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di Bazar Geylang Raya di Singapura pada 2017. -Bernama