Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai berhubung penempatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di stesen-stesen minyak bagi membanteras ketirisan bahan api.

Bagi menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh tampil memberikan pencerahan penting. Beliau menegaskan bahawa tidak semua stesen minyak di seluruh negara akan dijaga oleh pihak polis.

Fokus Utama: Pintu Sempadan Negara

Menurut Datuk Dr. Fuziah, penempatan anggota PDRM adalah strategik dan tertumpu sepenuhnya di kawasan sempadan negara sahaja. Ini termasuklah pintu masuk utama yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Indonesia, Thailand, dan Singapura.

"Anggota PDRM hanya difokuskan di sempadan sahaja kerana kekangan jumlah anggota untuk ditempatkan di semua stesen minyak," jelas beliau ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pematuhan larangan penjualan dan pembelian petrol RON95, di Terenggan semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved