
Polis Johor Siasat Dua Anggota Trafik, Didakwa Memeras Warga Singapura
Polis Kontinjen Johor dilapor menyiasat dua anggotanya yang didakwa terlibat memeras warganegara Singapura di kawasan pemeriksaan (check point) Johor Bahru- Singapura, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Polis Johor, dua anggota yang terlibat merupakan anggota daripada Bahagian Trafik Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sebelum ini warganegara Singapura ada memuat naik video berhubung kejadian berkenaan ke Facebook.
Dalam video terbabit, warganegara Singapura itu mendakwa telah diarahkan oleh kedua-dua anggota polis yang terlibat untuk membayar wang sejumlah SGD142.
Polis Johor siasat anggota trafik didakwa memeras warga Singapura 10 Mac lepas
Menurut Kumar, pembayaran berkenaan bagi mengelak tindakan saman diambil terhadap warganagera Singapura itu atas kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan check point tersebut.
Kejadian berkenaan dilapor berlaku pada 10 Mac lepas, kira-kira 8.15 malam.
“Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan yang dibuat oleh mangsa berhubung insiden tersebut,” ujar Kumar lagi.
Bagaimanapun katanya, polis sudah membuat permohonan rasmi kepada Konsulat Singapura di Johor untuk bantuan mengesan warganegara Singapura berkenaan bagi membantu siasatan.
Siasatan dibuat di bawa Seksyen 384 Kanun Keseksaan
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 348 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat,” tambahnya.
Di samping itu, Polis Kontinjen Johor komited dalam usaha untuk memerangi masalah integriti serta salah laku jenayah dalam kalangan pegawainya demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia.
“Mana-mana pegawai dipercayai melakukan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi berlandaskan prinsip kesamaratan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembangaan Persekutuan.”
Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini, boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru di no. 07-2182323.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada pengawai penyiasat kes, Insp. Suhana Binti Abdullah Sadali di talian 019-8853599 dan Insp. Nizam Bin Ramon di talian 011-16086119.
Sumber: Polis Johor via Facebook
The post Polis Johor Siasat Dua Anggota Trafik, Didakwa Memeras Warga Singapura appeared first on Siakap Keli.

![“Tak jadi kerja nak layan kau ni weh” – [VIDEO] Abang Polis ‘Kalah’ Dengan Sikap Manja Monyet Liar Ini](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)