“Tak jadi kerja nak layan kau ni weh” – [VIDEO] Abang Polis ‘Kalah’ Dengan Sikap Manja Monyet Liar Ini

Entertainment
14 Mar 2024 • 1:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa saja yang tak cair dengan haiwan yang jinak, lagi-lagi kalau ia jenis manja. Misalnya, kalau ada kucing comel usap-usap kaki kita, pasti kita akan usap kepala dia kan? Lebih-lebih lagi kalau korang pencinta kucing.

Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan dua anggota polis membawa seekor monyet ke hutan kerana dikatakan telah membuat gangguan dekat sebuah kedai makan.

Kedua-dua anggota polis ini membawanya ke hutan untuk dilepaskan, namun sepanjang mereka menjaga monyet itu, monyet tersebut dilihat begitu manja dengan mereka sampai mereka cair dan terpaksa melayan kerenah monyet.

Dilihat anggota polis tersebut mengusap monyet itu sambil salah seorang daripadanya mengeluh yang kerja mereka boleh ‘tak jalan’ kalau dilayankan. Bahkan, anggota polis ini menyifatkan bahawa mungkin ini monyet yang dibela kerana kelakuannya begitu manja dan jinak.

@peronda_siren_biru

Kadang bukan manusia saja perlukan pertolongan tp haiwan pun sama. Misi bawa seekor monyet masuk blk ke kawasan hutan berhampiran kerana telah mengganggu sebuah kedai makan. Kpl amin dapat mengawal keadaan dan telah jinakkan monyet tersebut. #fypシ゚viral #monyetlucu

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Video ini telah meraih lebih daripada 2 juta jumlah tontonan dalam masa 2 hari, rata-rata netizen memuji sikap 2 anggota polis ini dan siap ada yang offer nak bela, tetapi dia sudah selamat dilepaskan dalam hutan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, tengok gaya memang jinak semacam, ni kalau tak monyet bela, mesti orang selalu bagi makan ni.

Sumber : TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.