Polis kawal ketat Balai Undang Luak Sungei Ujong

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis kawal ketat Balai Undang Luak Sungei Ujong
Keadaan di luar Balai Undang Luak Sungei Ujong.
Image from: Polis kawal ketat Balai Undang Luak Sungei Ujong
Polis berkawal di Kediaman Balai Undang Luak Sungei Ujong.
Image from: Polis kawal ketat Balai Undang Luak Sungei Ujong
Media tidak dibenarkan menghampiri lokasi bagi membuat liputan.

SEREMBAN - Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong di sini dikawal polis dengan ketat pada Rabu.

Tinjauan mendapati, terdapat banyak kenderaan polis yang berada di bahagian luar dan belakang kediaman berkenaan.

**media[3656039]**

Media turut tidak dibenarkan menghampiri lokasi bagi membuat liputan.

Difahamkan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar bersama Undang Yang Empat termasuk yang dipertikai, Tunku Besar Tampin dan Dato Shahbandar Sungei Ujong berada di sana.

**media[3656036]**

Perkembangan tersebut susulan penganjuran majlis pertemuan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di sini yang sepatutnya dijadualkan berlangsung jam 9 pagi.

Bagaimanapun, majlis berkenaan dimaklumkan dibatalkan atas arahan pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved