Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong ‘dikepung’ polis

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 12:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong ‘dikepung’ polis

SEREMBAN – Krisis adat Negeri Sembilan semakin panas apabila Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong ‘dikepung’ polis selepas pertemuan dan sesi suai kenal Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dengan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dibatalkan.

Difahamkan Tuanku Nadzaruddin, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Dato’ Syahbandar Sungei Ujong berada dalam balai kediaman tersebut

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong dikawal ketat oleh petugas polis sejak pukul 10.40 pagi sehingga sekarang (12 tengah hari) dan media tidak dibenarkan membuat liputan.

Pihak media sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak yang berautoriti.

Terdahulu, media melaporkan pertemuan dan sesi suai kenal Tuanku Nadzaruddin dengan Ismail barisan Exco di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar di sini dibatalkan atas faktor keselamatan. – KOSMO! ONLINE

The post Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong ‘dikepung’ polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved