Polis Kelantan buru 2 rakan didakwa aniaya Eda Ezrin hingga masuk penjara Thailand

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 3:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis Kelantan kini memburu dua individu yang didakwa menganiaya penyanyi terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, hingga menyebabkan dia, suami dan empat rakan dipenjara di Thailand selama sembilan bulan.

image is not available

Polis Kelantan buru 2 rakan Eda Ezrin

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan lelaki dan wanita terbabit dipercayai menjadi punca Eda Ezrin serta kumpulannya ditahan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

“Semasa soal siasat pada Khamis dan Jumaat, kesemua mereka memberikan kenyataan yang konsisten. Eda Ezrin dan empat lagi tidak mengaku atas tuduhan memiliki dadah dan mereka mendakwa dianiayai oleh dua rakan terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Ahad.

image is not available

Memang dalam pemerhatian polis Kelantan

Menurut Mohd Yusoff, kedua-dua individu tersebut sudah berada dalam senarai pemerhatian polis dan kini giat diburu.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan memanggil semula Eda Ezrin, suami serta empat rakan jika diperlukan.

“Di Thailand, Eda Ezrin serta suami dan empat rakan hanya disabitkan kesalahan urin positif serta menjalani penjara tiga bulan atas kesalahan tersebut,” jelasnya.

image is not available

Sebelum ini, Eda Ezrin, suami dan empat rakan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua pertuduhan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Mereka mengaku mengambil dadah tetapi menafikan memiliki dadah tersebut ketika ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.

Manakala, dua rakan Eda Ezrin, Erdieka Mohd Noor, 32, dan Zuhaira Nasrin, 25, pula mengaku bersalah kerana memasuki Thailand tanpa dokumen rasmi serta menetap di sana secara tidak sah.

Pada Rabu lalu, Eda Ezrin, suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung rayuan buat kali keenam.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)