Polis Kelantan kenal pasti sindiket bawa PATI dari Tak Bai

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 12:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis Kelantan kenal pasti sindiket bawa PATI dari Tak Bai
Mohd Yusoff (tiga dari kiri) semasa sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah mengenal pasti sindiket yang dipercayai aktif membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Tak Bai, Thailand, memasuki negeri ini melalui laluan laut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya malah sudah menyerahkan maklumat mengenai kumpulan terbabit kepada pihak berkuasa Thailand untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, kumpulan berkenaan dipercayai semakin agresif apabila laluan laut kini menjadi antara pilihan utama kemasukan PATI susulan kawalan lebih ketat di sempadan Sungai Golok.

"Trend sekarang ini, yang masuk menerusi Tak Bai. Mereka masuk ikut laut dan Sungai Kelantan.

"Kita sudah buat surat dan hantar kepada pihak berkuasa Thailand. Kita sudah kenal pasti siapa yang buat di sana dan kita sudah beri maklumat kepada pihak berkuasa di sana untuk ambil tindakan lanjut terhadap kumpulan-kumpulan ini.

"Mereka sangat agresif," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya kini meningkatkan pemantauan terhadap laluan berkenaan bagi mengekang kemasukan PATI melalui jalan air.

Tambahnya, perkembangan itu turut diberi perhatian serius susulan kejadian anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berdepan ancaman tembakan di kawasan berkenaan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved